I had this conversation a fews days ago.
I was in someone's car and I noticed the owner has this habit of throwing rubbish in his car.
Dengan laser nye I said, "If I had a car, I'd keep it clean and tidy," dengan cubaan untuk menyelitkan sedikit motivation.
The response was,"If I were to keep my car clean, I would be making other places dirty." Alasan apa tu? He further explained, "Yela. If I want to keep this car clean, I would throw all this rubbish keluar, meaning I'd litter the road, parking space or anywhere lah bila ada sampah nak dibuang". Haha, alasan. "U can always have a small bin in your car.." was what I said to end the conversation.
Whatever it is, this attitude is way better than those people yang suka buang sampah kat luar kereta. How could they litter public space just to keep their car clean? Some even let their children do this for them. I've seen a child in a posh car buang a plastic bag full of sampah out of the window, as they stopped before a red traffic light. Apekah??? I bet these people can simply chuck rubbish as huge as setandan pisang on the road without feeling guilty. Cubalah bayangkan if people do the same thing to your car ke, your porch ke....best ke? Kadang-kadang terasa juga nak kutip balik sampah tu dan campak balik dlm keta diorg.
As for the update, nothing interesting happened to me except for the interview that I would be having this Monday. The original date was today at 10am, tapi saya telah ponteng dgn sengajanya. I did my homework beforehand and found some forum yang rasa this company is a scam. But when the person from this company called me to set another time for the interview (apparently she wasn't mad at me sbb ponteng), instead of saying no, I agreed to come next Monday. Haha, should I just cancel this appointment or should I just go and see for myself if it is really a scam?
Bila berjalan jangan berlagak, Bila ketawa jangan lupa, Jangan berpaling dalam sebak, Kerana berdarjat hamba cuma.
Friday, February 27, 2009
Thursday, February 19, 2009
Lapar
Hmm...hairan ye. Walaupun perkara ini pernah berlaku pada saya suatu ketika dulu, tidak pernah saya sangka ia akan berulang semula.
Saya hairan, kenapa sejak akhir-akhir ini saya sering berasa lapar... isk isk isk musykil-musykil.
Dan saya yakin hidup saya akan terus dibelenggu dengan rasa lapar walaupun selepas lunch dua tiga kali selagi saya terlepek di rumah ini tanpa sebarang pekerjaan tetap.
Hmmm....

Monday, February 16, 2009
Lou tse chou an!
Setelah hampir dua minggu berpindah rumah, akhirnya Streamyx berjaya mengalir masuk ke talian talifon rumah kami. Maka nak lah saya tulis sedikit sebanyak apa yang jadi minggu sudah.
Setelah berkurun lamanya saya menganggur, akhirnya cikgu adik saya telah berbaik hati offer saya jadi cikgu ganti sementara beliau ke luar sekolah membawa pasukan sekolahnya bertanding. Jadi memikirkan saya memang dah jadi penganggur bertauliah, saya pun terima sahaja. Mengajar, mesti best kan?
Jadi Selasa lepas (sebab Isnin cuti Thaipusam) saya pun memulakan career (wahaha) saya sebagai seorang cikgu ganti subjek BM di sekolah Lai Meng...sekolah rendah je. Patutnya mengajar darjah 3, tapi tak semena-mena penyelia sekolah kasi saya timetable yang penuh, dari pukul 10 sampai ke pukul 3-4pm (dengan beberapa lompong2 sebab saya ajar BM je). Jadi saya pun dtg skolah pukul 9 lebih hampir-hampir ke sepuluh sampai cikgu lain jeles sebab diorg kene datang awal pukul 7-8 gitu haha.
Antara perkara menarik yang berlaku adalah:
1. Saya rasa teruja bila kita masuk kelas, semua orang diri dan ucap, "Selamat Pagi, Cikgu..." dan diorg berhenti sekejap sebab tak tau nama cikgu apa. Dan murid tak akan duduk selagi cikgu tak cakap "Duduk...". Kalau rajin saya test kasi diorg diri lama sket.
2. Sebelum sempat saya mula bercakap, akan ada beberapa orang yang mintak, "Cikgu, bolehkah saya pergi ke tandas?". Untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, saya pun bagilah kebenaran. Sedar tak sedar hampir setengah kelas dah hilang sebab semua ke tandas. Sampai satu masa saya pulak yang tanye, "Kenapa masa cikgu je kamu nak pergi tandas??". Diorg pun tersengih-sengih sahaja tanpa jawapan...
3. Murid kelas terdiri dari elbagai kaum. Ada Melayu yang tak boleh berbahasa Melayu, Cina yang sangat fasih berBM, India yang cakap Mandarin berhabuk! Mereka ada macam-macam style untuk mintak izin ke tandas. "Cikgu..toilet?", "Teacher, can I go to toilet?", "Cikgu, bolehkah saya ke tandas?", ada juga yang berbahasa mandarin (dia bajet cikgu dia paham) sehingga memaksa saya clarify balik, "Toilet eh?" dan dia mengangguk. Yang paling cool, "Cikgu, saya nak berak" yang berjaya mendapat kebenaran saya serta merta.
4. Ada seorang anak murid perempuan yang comel, darjah 3, setiap beberapa saat akan datang mengadu sakit dagu. "Cikgu, kat sini kita sakit lah". "Cikgu, kalau kita pusing macam ni sakit lah". "Cikgu, kalau kita telan saliva pun sakit". "Cikgu, bila kita tidur pun macam ni sakit.." Hari kedua dagu dia dah tak sakit dah..
5. Ada seorang murid melabel saya sebagai cikgu yang paling garang dia pernah jumpa. Haha. Nasib baik sekolah cuma ambil saya jadi cikgu ganti sementara.
6. Saya sangat terkejut kerana ada pelajar darjah 6 yang masih tidak tahu membaca, sedangkan sekolah tu terletak di tengah-tengah kota metropolitan.
Kesimpulannya, mengajar memang best.

Subscribe to:
Posts (Atom)