Saya nak balik rumah. Banyak sebab kenapa saya nak balik rumah.
Komputer saya buat hal kebelakangan ini. Bak kata abang saya, "Dah sampai masa tu...". Saya kurang faham akan keadaan komputer itu sekarang, dan saya hanya akan serahkan pada yang pakar.
Sekarang dah masuk bulan Ramadhan. Sudah tiga tahun berRamadhan jauh dari keluarga. Dari masa adik saya belum mampu berpuasa penuh, hingga masa dia dah boleh berpuasa penuh malah lebih bertenaga dari orang lain.
Harga tiket ke Malaysia dan ke sini mahal. Oh, mahal, dan fully booked. Kenapa ramai sangat yang nak datang sini? Kenapa? Why? Pourqoi?? Limaaza??
Honours...hm, malas nak bercerita panjang.
Sekarang kepala pening, dan saya yakin sebabnya saya terlebih tidur.
ok. sayonara.
Bila berjalan jangan berlagak, Bila ketawa jangan lupa, Jangan berpaling dalam sebak, Kerana berdarjat hamba cuma.
Sunday, September 16, 2007
Tuesday, September 11, 2007
Surat untuk SEMUA.
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana menyinggah dan membaca.
Di kesempatan ini, saya nak minta maaf semaaf-maafnya pada semua, di atas SEMUA kesilapan saya.
Maaf jika saya saya tersalah bahasa, terlebih gurau, bercakap sesuatu yang tak sepatutnya saya cakap...
Jika saya mengata kalian di belakang, depan dan sebagainya...saya minta maaf.
Maaf jika saya diam ketika saya perlu berkata-kata, jika saya berkata-kata ketika saya perlu diam, tidak mendengar ketika perlu, tidak menegur ketika patut, dan jika saya beri contoh yang tidak baik pada kalian...
Maaf atas masa kalian yang saya bazirkan, semoga dihalalkan segala sumber yang kalian guna untuk saya.
Saya minta maaf atas setiap tingkah laku saya yang tidak kalian senangi.
Saya minta maaf, dan memaafkan, dengan harapan Ramadhan yang menjelang menjanjikan yang lebih, lebih baik dari yang sebelumnya.
Semoga apa yang tersimpan tidak lagi terbuku, dan semoga kita sambut Ramadhan dengan hati yang lapang.
Terima kasih sekali lagi...

Saturday, September 8, 2007
Spring Break.
Cuma tinggal weekend ini sahaja sebelum cuti musim bunga tamat. Minggu depan may be puasa. Ramadhan dah nak sampai...sempat juga kita jumpa Ramadhan lagi satu eh...Alhamdulillah...
Apa saya buat cuti spring?
Saya bekerja. Saya bercuti. Kemudian kerja sedikit lagi. Kemudian bercuti.
Saya berjalan-jalan ke Westcoast. Berjalan dua hari dengan 4 kawan dan sebuah wagon hijau yang luas. :)
Saya juga mendapat satu berita yang best di kala cuti ini. Harap-harapnya apa yang diharapkan benar2 menjadi harapan yang nyata. Semoga harapan tidak tinggal harapan. Eceh.
Semalam, saya berborak dengan adik saya yang comel.
"De, de ada setem tak?" dia berbisik, risau mak dengar apa dia nak cakap.
"Tak ada. Kenapa? Hobi adik kumpul setem ke?"
"Hm....mungkin adik nak jadikan tu hobi adik..." masih berbisik.
Saya dah tergelak.
Teringat zaman kecik-kecik, kalau bukan kumpul setem, mesti hobi baca buku atau bermain badminton dan sebagainya.
"Adik, cuba adik buat hobi lain. Contohnya hobi melipat baju, atau hobi mengemas meja adik", saya memberi idea.
"Luar biasa sangat lah. Tak best.Lagipun adik dah ada setem."
Jadi nampaknya buat masa ini hobi adik saya adalah mengumpul setem. Dulu mengumpul sticker. Mungkin nanti mengumpul bekas pensil sebab dia dah ada banyak bekas pensel.

Subscribe to:
Posts (Atom)