Tuesday, August 28, 2007

Ade apa?

In less than 1 hour from now, I have to be at College House for another 12-hour cleaning job. (Yeay!)

Last two days was the first time I did the job, and it took me 5 hours (including half an hour break) to clean just 2 rooms and to polish the woodwork along the hallway of three floors.

Yesterday was way better, I managed to clean 3 rooms, plus half of a room, wipe all the tables in two buildings, and clean the hallway on a floor... for 12 hours including the break. Luckily there were quite a number of 'us', so it was fun.

Half of my cuti might be spent on cleaning-cleaning only. Haih.

There's a few things on my mind at the moment.
Like, Milford Sound (nak pegi, nak pegi!).
And.. camera (that tiny thing that made me work this hard).
And.. money (oh oh the tight budget).
Hm...what else? What else? .. 314 asignments, those 'kebajikan' work, sekolah angkat somemore, my short break, Merdeka...ada lagi ada lagi, but forgot lah.

Oh ya, I lost my favourite red uni bottle at work yesterday. Well, I forgot to bring it back last nite. Hope it is still there...Ada lah, ada lah.

Erm, ter think about Es too. Hahah, Es, Es, Es...more like 'isk, isk, isk..'

That's for now.

Ready, get set, work!! I mean, clean!!

Sunday, August 19, 2007

I hate specs.

Hari ni, saya tak tahu kenapa saya rasa rimas dengan cermin mata.
Seingat saya, saya dah mula pakai sejak darjah 5.
'Itulah. Siapa suruh tak jaga mata??' Hm....I don't have the answer.

Dulu bila nikmat tu ade, takmau jaga. Sekarang dah berkurang, komplen. Huhu.

Ujian datang dalam dua bentuk kan. Nikmat dan kesukaran. Benda yang kita suka dengan benda yang kita tak suka.

Benda yang kita suka, enjoy-enjoy, selalu buat kita lupa. Benda yang kita tak suka, selalu buat kita ingat. Tapi dalam ingat-ingat kita komplen.

Nanti, bila kita mati, kita kena jawab. Apa yang kita dah buat dengan nikmat yang Dia bagi? Bila fikir, jawapan saya memang banyak yang tak memberangsangkan.

Tadi belajar Surah At-Takatsur. Tentang sifat tamak, atau berlumba-lumba mencari harta (keseronokan dunia) sampai terlupa pada Dia. Kita berseronok, padahal nanti kita akan ditanya semula apa yang seronok sangat tu. Apa yang best sangat sampai boleh lupa pada Dia?

Banyak benda yang menyeronokkan, tapi kekal ke seronok tu? Susah nak letak prioriti pada kehidupan di hari kemudian...sebab itu ganjarannya kita tak dapat nak bayangkan. Tapi balasan pada perbuatan yang Dia tak suka pun tak dapat kita nak bayangkan jugak. Bukan begitu?

Friday, August 17, 2007

Jumaat tapi Khamis.

Dah lepas pukul satu. Tadi sebelum pukul 12 it was Thursday. So now it's Friday.
Tadi I had my last test for the year. Might be the last test for me kat university. Entah-entah lepas ni saya tak jejak dah kaki kat uni, lepas graduasi. Uh, sedih gak.

A few hours before the test, I had this usual a-few-hours-before-test kind of day.
Notes bersepah sana sini (as if xde masa sgt nak kemas), other courses' notes tertenggek tepi meja tak bersusun. And the room was a mess. Oh, still is..
Then rasa homesick tiba-tiba. But anyway, the test was okay. Not okay-okay, but okaylah.

This week macam 'minggu demam beramai-ramai'. Semoga yang demam segera sembuh, yang selsema segera sembuh dengan suara yang asal, dan yang batuk segera sembuh juga. Alhamdulillah, setakat ni virus belum hinggap kat saya. But last time when I called my mum, she said I sounded as if I was having a flu or I had just woke up. Dua-dua pun tak betul. Entah, may be connection wasn't that good. Hmm...kadang-kadang bagus juga sakit...kan?

Again, I'm writing a pointless entry.

Masa Friendster baru-baru muncul, my mother was really against it. 'Kenapa nak tunjuk kat semua org pasal awak? Tak private lah'...and when blogs came along, the response was similar. I kinda agreed with her, things will sometimes get too personal in blogs as well as in Friendster. Plus anyone can access it, unless you restrict the viewers lah. As for me, I have deleted several posts which I think were too personal to be published. Dah tulis, then publish, then nak padam pulak. What a waste. Haha...pelik but that was what I did.

Hm. Dah malam ni. Tidolah tido.

My sister used to sing this song before she went to bed when she was small;
"Anak mak...nak tido...anak mak...nak tido..." lagu dia reka sendiri.Haha.

Nite nite.

Sunday, August 5, 2007

Hari ini hari Ahad.

Hari ini hari Ahad.
Seperti biasa saya rasa kurang senang pada hari Ahad.
Emosi kurang stabil tanpa sebab. Eh cop, mungkin sebabnya hari ini hari Ahad.

Hari Ahad, kalau masa kecil, hari yang kurang best sebab kalau keluar berjalan dengan mak abah kena balik awal. Sebabnya esok sekolah. Malam Ahad, no tv. Sebab esok sekolah.

Bila besar sikit, malam Ahad, dah start prep. Malam Ahad, kena buka beg sekolah untuk pastikan semua kerja sekolah siap. Malam Ahad, kena iron baju sekolah. Malam Ahad rasa tak best sebab esok pagi ada perhimpunan. Huhu.

Malam Ahad sekarang, tak best sebab hujung minggu dah habis. Dan terasa seolah-olah tak guna hujung minggu dengan baik. Malam Ahad selalunya baru sedar yang ada banyak lagi kerja belum siap. Malam Ahad kena lipat baju, sebab basuh baju siang Ahad. Malam Ahad rasa tak best lebih-lebih lagi kalau belum sempat telefon rumah. Nanti tertangguh tanpa sedar sampai Ahad depan. Uh..

Tapi hari ni macam terisi juga. Lepas Subuh, saya kemas bilik. Lepas tu, saya basuh baju. Lepas tu buang sampah. Masa buang sampah la masa untuk exercise tangan. Huhu. Lepas tu jemur baju. Lepas tu dah siap-siap, saya ulang kaji. Tapi sikit je. Huhu lagi. Lepas tu saya ikut Ummu dan rakan-rakan jenguk Arif dengan Nadia dan juga ayah dan ibu mereka. Terima kasih sebab ajak saya ikut. Hehe. Lepas tu saya balik, saya didatangi tetamu yang terundang. Hehe. Sempat minum petang. Lepas tu saya siap-siap, dan kemudian duduk menghadap komputer. Saya cuba ulangkaji, kemudian terpanggil untuk membebel di sini. Lalu saya pun membebel...

Sekarang saya perlu berhenti. Post kali ini memang tiada kepentingan selain untuk diri saya sendiri. Haha. Hm. Gelak tak bersebab.

Ok. Tata.

Saturday, August 4, 2007

Can eat eh?

Hallo again...

This post is about the life of a sea-horse.

One day, a sea-horse went for an outing with a bunch of friends (who are also sea-horses).

As they were happily swimming around, suddenly a huge net was thrown at them, and they got caught.

They thought that they were going to be put in an aquarium like what normally happens to other sea-horses, but they were wrong.

A few days later, lifeless, all those sea-horses were put among some fresh fish, in a 'Fish n Chips' shop. A price tag nearby shows that these sea-horses worth $13+ per kilo.

.....

I don't know why I wrote this, mungkin sebab saya jakun sangat tengok kuda laut kena jual untuk dimakan.

So, kuda-laut masak lemak cili padi anyone?