Saturday, September 8, 2007

Spring Break.

Cuma tinggal weekend ini sahaja sebelum cuti musim bunga tamat. Minggu depan may be puasa. Ramadhan dah nak sampai...sempat juga kita jumpa Ramadhan lagi satu eh...Alhamdulillah...

Apa saya buat cuti spring?

Saya bekerja. Saya bercuti. Kemudian kerja sedikit lagi. Kemudian bercuti.

Saya berjalan-jalan ke Westcoast. Berjalan dua hari dengan 4 kawan dan sebuah wagon hijau yang luas. :)

Saya juga mendapat satu berita yang best di kala cuti ini. Harap-harapnya apa yang diharapkan benar2 menjadi harapan yang nyata. Semoga harapan tidak tinggal harapan. Eceh.

Semalam, saya berborak dengan adik saya yang comel.

"De, de ada setem tak?" dia berbisik, risau mak dengar apa dia nak cakap.
"Tak ada. Kenapa? Hobi adik kumpul setem ke?"
"Hm....mungkin adik nak jadikan tu hobi adik..." masih berbisik.
Saya dah tergelak.
Teringat zaman kecik-kecik, kalau bukan kumpul setem, mesti hobi baca buku atau bermain badminton dan sebagainya.
"Adik, cuba adik buat hobi lain. Contohnya hobi melipat baju, atau hobi mengemas meja adik", saya memberi idea.
"Luar biasa sangat lah. Tak best.Lagipun adik dah ada setem."

Jadi nampaknya buat masa ini hobi adik saya adalah mengumpul setem. Dulu mengumpul sticker. Mungkin nanti mengumpul bekas pensil sebab dia dah ada banyak bekas pensel.

No comments: