Esok adalah hari lahir adik perempuan saya yang paling comel. Dia saje satu-satunya adik perempuan saya, jadi of course lah dia yang paling kiut. Anyway, walaupun saya teramat yakin dan tahu yang dia nakkan sebiji handphone sempena birthday, saya tetap membeli benda lain iaitu baju. Baju belang-belang kaler hijau kelabu. Mungkin dia akan kata, "De ni, belilah benda lain..." tapi saya harap itu cume akan diluahkan di dalam hatinya sahaja. Apa-apa pun, saya sgt harap saya boleh pulang tika ini supaya dapat saya raikan dia. Saya pun dah tak ingat bila last time i was there on her birthday. Esok genaplah 11 tahun hidup saya diserikan dengan adik saya ni... buat pengetahuan ramai, adik saya menjadi 'penjegah jenayah' kat sekolah dia. Mungkin sebab dia taiko dan garang jadi cikgu pun pilihlah dia. Sesuai dengan cita-cita dia (setakat ni) nak jadi polis atau detektif.
Minggu ini, despite saya punya initial plan untuk tulis pasal kekesalan membuang masa, saya nak tgk from the bright side.
Saya pergi jalan. Menjejakkan kaki ke Elephant Rocks, Duntroon. Dan juga ke Moeraki Boulders, Oamaru. Sangat best. Next destination --> Milford Sound. Definitely, maybe. Hehe.
Saya juga ke graduation ceremony. Dua kali ok. Tahniah buat kawan-kawan yang dah grad, dan sesungguhnya saya rasa tua bila tgk diorg grad. Walaupun pada hakikatnya kita sama je, cuma saya grad baru je bulan 12 hari tu. Ada la dapat inspirasi setelah tgk ramai-ramai dapat scroll yg represents hard work masing-masing. Chukaiyo, chukaiyo...(betul ke?). Tengok ibu ayah bangga dengan anak masing-masing, saya harap mak ngan abah pun bangga dengan saya tak berapa membanggakan ni...
Study hard, study smart, don't break your parents' heart
Itu pesan yang pernah diberikan pada saya satu masa dulu...
Okla..
2 comments:
"penjegah jenayah"...isnt the correct spelling is "pencegah jenayah" ??? hehehehehe..allow anonymous comments plis! hahahahaha..happy birthday alia! mwahs!
haha...sy bace byk kali pun tak sedar ade spelling mistake.
hehe..penjegah jenayah, cam masuuuk je ek.
Post a Comment