Thursday, July 17, 2008

Minyak oh minyak.

Banyak sungguh distraction hari ini dan semalam. Distraction yang bukan datang sendiri, tapi di cari-cari. Haih haih. Esok ada presentation, tapi jangankan practice, slide pun belum complete.

Semalam terdengar iklan kat radio pasal ade debat antara wakil bukan kerajaan dan wakil kerajaan. Tajuk nya berbunyi lebih kurang 'Kalau saya ada power, esok juga saya turunkan harga minyak'. Kalau nak tau nama sebenar pendebat atau tajuk sebenar, pergi cari sendiri. Saya malas nak rujuk balik. Nampak gayanya ramai juga yang mengulas pasal debat ni, kalau tak caya search internet. Banyak yang mula ayat "..baru sahaja selesai menonton debat antara....". Hehe, lebih kurang lah. Ada yang summarise kan points, ada yang analyse secara objektif, ada yang secara berat sebelah dan sebagainya.

Saya pun dah tengok orang lain komen, nak lah komen sekali. Saya tak nak susulkan data whatsoever, cuma tergelak sedikit bila tengok dua-dua pihak macam ambil kesempatan promote diri (atau party) masing-masing pula dan kutuk the other party. Macam kalau MHI panggil pelakon cakap pasal aktiviti kebajikan yang dia baru buat, tapi towards the end dia akan ambil kesempatan promote filem terbaru dia.

Lepas tu part kerajaan cakap kalau compare dengan negara yang minyak murah tapi inflasi tinggi, sedangkan Malaysia minyak mahal tapi berjaya kawal inflasi. SOrt of lah. Dan dibantah secara sinis, "ilmu ekonomi mana yang cakap kalau harga minyak naik (which definitely gonna affect almost all other commodities) inflasi tak naik?". Tergelak plisss..

Pelik pun ada. Apa tujuan debat ni? Pihak bukan kerajaan kata, inilah ruang untuk diorang kemukakan idea bagi mengatasi harga minyak yang mahal. Sharing is caring gitu. Tapi bak kata tajuknya kan, 'if I have the power, I'll reduce the price tomorrow!'. Jadi, siapa yang ada power lah boleh turunkan harga minyak. Habis kalau yang bercakap dan nak buat tapi takde power, dan yang ada power bantah dan taknak buat, macam mana? Haih haih.

Idea yang diberi bukanlah sains roket (ke roket sains? ke sains alam sekitar?). Ambil duit extra yang kerjaan ada, tampung kat minyak. Duit lebih simpan-simpan pun tak guna juga ye. Tapi pihak kerajaan kata, susah. Easier said than done. Yela, orang kata if u wanna criticize someone, be in their shoes first. Then walk a mile. Lepas tu bila kritik u'll be a mile away and u have their shoes. Ni saya tiru dari mana ntah, tapi takdela lawak pun. The thing is, dia tak jawab balik bab mana yang susah tu. Adalah sikit-sikit, tapi tak cukup untuk menampakkan tang mana yang susah nak buat sedangkan parti lagi satu dengan konfidennya boleh jamin harga turun by RM0.50 esok kalau dia ada power hari ni. Magic tuuu...heh?

Subsidi yang tinggi boleh terencatkan ekonomi, memang. Tapi kalau harga naik, dan naik dan naik, tak terencat ke ekonomi? Hm...wonder, wonder... So penyelesaian yang dicadangkan agak bernas (walaupun bukan roket sains), cuma perlu power je untuk laksana. Kalau tak, macam tak ada point pulak debat ni dilangsungkan. Orang tv je la untung. Iklan sure mahal time nih. Hehe...

Apa-apapun, saya kagum la tengok diorang debat. Senyum-senyum tanpa marah-marah. Sinis-sinis, tapi tidak marah. Presentation saya esok petang, tapi jantung sudah laju macam F1. Untuk bercakap perkara yang kita sendiri tak 100% master, huuuuuuu...sesak napas!

No comments: