Tuesday, February 2, 2010

Manisnya Bercinta.

Pengalaman ke hospital sememangnya tidak pernah membawa perasaan yang senang pada saya. Namun pasti ada adegan-adegan yang dapat saya jadikan pedoman hidup yang mudah untuk kita lihat di wad-wad hospital.

Ketika melangkah masuk ke wad 8, rata-rata pesakit adalah warga emas, termasuklah atuk saya seorang.

Semalam, kami pulang ke kampung untuk menjenguk atok abah yang ditahan wad disebabkan pening-pening setelah jatuh di tandas minggu lepas.

Memandangkan hari Isnin Johor tak cuti, waktu melawat tidaklah seperti public holiday. Jadi untuk mengisi masa sementara menunggu jam 12 tengah hari, mak dan abah saya ajak ke Giant. Beli punya beli, tengok-tengok kami dah terlewat setengah jam. Janji dengan atok mak kita pergi hospital tengok atok abah pukul 12.

Jadi kami pun bergegas pulang. Sampai ke rumah, atok mak dah pun selesai makan tengah hari dan sudah mula mengenakan tudung. Kami pun cepat-cepat makan, bersiap dan bergerak ke hospital. Abah, seperti biasa mengambil jalan yang senang padanya, tapi pelik pada orang lain. Melihatkan laluan yang tak seperti biasa, atok mak mula resah dan sebuk bertanya, "Bukan belok sana ke, bukan ke situ ke, bukan itu bukan ini...", seolah-olah risau kami takkan tiba ke hosiptal yang dituju.

Sampai di hospital, cepat-cepat atok mak minta diturunkan di pintu masuk, walaupun ada tempat turun yang sebenarnya lebih dekat dengan wad atok abah. Mungkin lebih rela dia percepatkan langkah daripada menunggu abah saya berlegar-legar mencari arah betul ke wad.

Sampai di lif, atok mak terus masuk dan kami pun naik tingkat 3. Sebaik pintu lif terbuka, bergegas atok mak keluar dan masuk ke wad walaupun jelas kami sudah tersalah wad. Atok abah kan lelaki, tapi semua dalam wad tu perempuan. Atok mak berkeras nak juga bertanya pada misi, mana atok abah? Setelah diyakinkan salah wad, kami pun bergegas turun ke tingkat 2.

Sampai saja di katil atok abah, atok abah senyum simpul. Mak Su yang sudah ada di sisi mula mengomel, "Mana korang pergi ni lambat? Abah dah bising dah, mana mak? Mana mak? Dari tadi dia bising...".

Sebaik sahaj atok mak duduk, mulalah mereka berborak-borak seolah-olah ada seribu satu cerita yang ingin atok mak kongsi bersama dengan atok abah.

Haha. Saya pun kurang pasti kenapa saya tulis ni, tapi jelas tampak kerinduan di wajah atok mak dan atok abah saya, walaupun pada hakikatnya atok abah baru sahaja ditahan wad satu malam. Kemesraan mereka terserlah walaupun kalau dirumah, tidak nampak langsung keromantikan mereka berdua hehe.

Sungguh saya seronok melihat cinta atok abah dan atok mak saya yang bertahan sampai ke cicit, dan pasti akan terus bertahan sampai ke akhir hayat mereka.




3 comments:

akuhamba said...

shah, bile ko nk bg cicit kt atok abah n atok mak ko?

yulllsss said...

Takkan suka tgk je esah? ehhehe
Jgn pk bukan2 sgt, nnt jadi filem hindustan;p
tapi muke ko dh ade cm iras2 kajol..
kabhi kushi kabhi gham...

Anonymous said...

wah romantisnye..cam speech wedding dlm cite 'how i met ur mother' plak...haha yullss ko sebut kabhi kushi membuatkn aku teringat cite kabil kushry kabhil igam...dem..sedihnye cite tu