Monday, October 1, 2007

Alah bisa tegal biasa

Hujung minggu yang lepas, saya bekerja lagi. Offer kerja sudah pun diterima (cewah,macam nak jadi executive), dan kini saya hampir-hampir menjadi staff Chateau on The Park. Cuma belum dapat uniform (yang menghabiskan hampir 20% dari gaji mingguan saya untuk 3 minggu *cet!*).

Bekerja sangat letih. Puasa, lagi la letih. Saya bekerja untuk 5 jam hari Sabtu dan Ahad. Bekerja di bahagian laundry, sebagai laundry assistant. Basuh cadar yang menimbun-nimbun, masuk dalam dryer, keluarkan (berat yang amat) dan kemudian lipat. Proses yang sama pada towel-towel yang juga menimbun. Dan beberapa jenis kain-kain lain yang kita biasa jumpa dalam bilik hotel.

Pertama kali melihat bilik laundry hotel, rasa kagum pun ada. Mesin basuh power-power, muat untuk basuh baju yang dah kumpul 4 minggu untuk 5 orang. Bayangkan! Dryer dia pulak lagi besar. Mungkin kalau anda malas nak mengelap badan selepas mandi, atau anda kesejukan, boleh muat kot kalau nak guna dryer ni. Bila bosan, saya masukkan kepala dan pusing-pusingkan bahagian dalam dryer tu. Rasa pening, macam naik ferry. Tapi saya tak boleh buat selalu, risau-risau dibuang kerja pula.

Sekarang, rutin hujung minggu dah berubah. Tak boleh tidur lambat sangat, takut-takut terlajak sampai terlepas bas. Hari minggu dah kurang masa nak bersantai, balik kerja pun dah penat. Memang satu benda yang baru, masih dalam proses mengadaptasi.

Orang kata, 'tak apa..lama-lama biasalah tu..'. 'Nanti bila dah lama dah tak penat dah..' dan seumpanya. Betul, betul, betul! (tiru Ipin). Nanti lama-lama saya pun power macam kawan kerja saya, nanti saya pun boleh buat laundry sambil tutup mata, nanti saya pun boleh balik dengan senang hati tanpa rasa irihati dengan itik-itik kat kolam. Sebab alah bisa tegal biasa...

Bila buat sesuatu yang kita tak biasa berulang kali, kita akan jadi biasa. Tak kisah lah sama ada kita berniat untuk membiasakan diri atau kita terbiasa sendiri. Tak biasa, kalau buat lama-lama jadi biasa. Kalau benda elok, alangkah baiknya. Memula liat bangun Subuh, tapi bila dah asyik kena simbah dengan air, lama-lama terbiasa bangun sendiri. Mula-mula susah untuk makan sahur, tapi kalau dah hari-hari kena kejut dan dapat makanan sedap-sedap, lama-lama terbiasa juga. Baguskan kalau yang terbiasa itu perkara yang elok-elok?

Tapi kalau yang terbiasa itu benda-benda yang kurang elok, alangkah ruginya, kan? Mula-mula belajar memandu, pejalan kaki pun lagi laju. Bila dah biasa, boleh pecut tak ingat dunia. Dulu masa kecik selalu dengar cakap mak ayah, ni bila besar dah makin biasa melawan dan marah-marah. Dulu rasa kurang senang bila berdua, bila dah biasa rasa selesa pula yang bertakhta. Hmm... macam-macam lagilah yang berlaku yang kadang-kadang kita sendiri pun tak perasaan yang dia dah pun masuk kategori 'biasa'.

Kalaulah benda yang kita tak biasa tu memang Dia tak suka, kita tak perlu berinisiatif untuk membiasakan diri. Buang karan je... Kalau benda yang tak biasa tu memang Dia suka, usahalah untuk biasa. Sebab usaha kita tu takkan sia-sia.

Ada benda yang perlu ada 'alah bisa'nya, ada benda yang berbaloi untuk ada 'tegal biasa'nya.

3 comments:

Laily Abdullah said...

makcik.
aku still x paham ape maksud peribahasa 'alah biasa, tegal biasa tu'.
serius x paham.
terangkan sikit.sikit je plssss

^^, said...

mokcik2...alah bisa, tegal biasa. bukan alah biasa tegal biasa.
apa yang aku paham la kan, alah bisa tu macam kalau asyik-asyik mengelat je, memang kita takkan biasa i.e suka dengan benda tu. tp bila kita tegal (which i dont know what it means), aku assume tegal tu mcm bersungguh or tetap nak buat, lama2 kita biasa laa...boleh?

Laily Abdullah said...

laaaaaaaa..
malunya aku.haha.
tp sekarang dah paham.terima kasih mokcik.