Daripada tajuk itu pun sudah amat obvious yang saya tulis entry ini setelah membaca blog seorang makcik yang bertajuk lebih kurang sama seperti tajuk ini. Beliau telah men'tag' orang2 dalam list kawan-kawan beliau, dan saya rasa saya termasuk sekali(kalau tak pun nak gak tulis sbb ini mcm memberi idea kepada saya untuk memblog dikala sedang sibuk dengan tugasan-tugasan sekolah yang masih pun belum selesai). Saya sedar ayat saya sedikit tunggang terbalik tetapi saya peduli apa.
Jadi berikut adalah fakta2 random (mungkin tak berapa random sebab saya yang tulis fakta ini bermakna saya pilih fakta ini untuk ditulis bermakna ada sedikit unsur bias, mungkin terhadap isu 'personal' atau 'private'). Facts saya juga akan panjang2 iaitu lebih dari satu ayat. Ye?
1. Masa saya sekolah tadika kan, saya selalu dibuli oleh seorang budak perempuan yang tua setahun dari saya (dan badannya juga lebih besar dari saya). Dia akan cubit saya, walaupun saya tak kenal pun dia siapa. Seolah-olah ada dendam yang misteri dalam hatinya. Saya lebih aman pada tahun kedua tadika apabila budak perempuan 'gangster' ini tamat tahun ketadikaannya.
2. Masa sekolah tadika juga, saya selalu kena buli dalam bas. Ada sahaja budak yang nak tendang saya dari belakang bas ke depan. Saya selalu tak dapat tempat duduk, lantas memudahkan lagi 'gangster tadika' untuk menendang saya.
3. Paling jauh saya pernah duduk di Malaysia adalah di Kuala Nerang semasa tahun matrikulasi. Saya suka Kuala Nerang kerana nasi lemak dia harga 50sen. Bestkan?
4. Saya ada lesen kereta, tapi sangat jarang memandu (saya selalu ngelat la). Setiap kali nak memandu, jantung akan berdebar-debar dan saya bayangkan yang saya akan langgar kereta-kereta yang mahal, dan orang ramai akan berkerumun untuk menyaksikan kejadian tersebut dan tuan kereta menuntut pampasan yang banyak.
5. Saya merupakan ahli kelab hoki di sekolah menengah. Saya hanya pernah wakil sekolah, dan setiap kali ada saya dalam kumpulan, sekolah saya tak pernah menang.
6. Semasa tahun satu di Christchurch, saya sangat depressed dan saya menangis hampir setiap malam. Eh cop, mungkin seminggu sekali. Mungkin bukan depressed tapi homesick sebenarnya. Sekarang sudah improve.
7. Saya pernah fly dari asrama sekolah sebab abah saya suruh balik tolong mak kat rumah sebab tengah buat open house hari raya. Kiranya alasan saya untuk fly agak munasabah la kan.
8. Saya mula pakai cermin mata sejak darjah 5. Saya yakin sebabnya adalah kerana saya sering memakai spek kawan baik saya sebab saya rasa mcm cool. Saya sering ganti spek time awal2 dulu, sebab terduduk lalu terpatah, hilang dalam sungai masa camping, bercalar dengan dasyat dan sebagainya.
Ok. Selesai sudah. Rasa macam nak sambung lagi, tapi sebab tajuk kata 8 je, jadi saya berhenti setakat 8 sahaja.
Sekian...
4 comments:
Wow.
I am impressed!
Tak sangka mak encek boleh menulis dalam bahasa melayu sebanyak itu.
Tapikan mak encek, aku dah paham dah kenapa kau suka buat muka garang-garang, sbb ko tak mo kena buli lagi ek?
hehehe.tape.kalo kita jumpa budak gangster tadika tu, kita cubit2 lengan die sampai lebam.
aku dulu pun selalu kena cubit dgn sepupu aku (dia muda dr aku). Skrg, aku buat muka ganas dgn die.Die x berani dah nk kaco2 aku.
hahaha
hahahahahhahahhahaha *gelak guling2 smpai terjatuh dari katil*
Mase saye tahun kedua saye suke buli esah kemas rumah walaupun die buat muke garang saye tak takut hahahahahahaha
knape ko xckp ko slalu kene harassment mase kecik?? kalo aku tau aku pon nak cubit2 ko gak..isk melepasss *demm!!!* ;p
yuli jahattttttttttttttttt...
sian esah..
haha.ntah-ntah budak pompuan yg suka cubit ko tu sedara mara yuli.tu sbb yuli pn nk cubit2 ko.
hahaha
hahaha...yuli mmg kijam.aku pun rase tu saudara mara dia.eh, tp dia slim.yg buli aku tak slim pun...hmmm...
EK?ade ke aku buat muka garang??muka aku manis ok.hahaha
Post a Comment