Hujan. Renyai-renyai.
Sebelum ke kelas, saya ambil baju sejuk yang abah belikan sebelum ke sini 3 tahun sudah. Walaupun baju itu sedikit sebanyak menghilangkan unsur-unsur keremajaan saya, ia adalah yang tebaik untuk dipakai ketika weather2 yg begini rupa.
Sebelum ke kelas, ke bank dlu. Sebelum ke bank, ke bawah rumah dulu untuk ambil basikal. 'Basah...macam mana nak kayuh. Boleh lap. Tapi helmet pun basah...kalau tak basah sebab hujan, basah sebab pakai helmet basah. Mana lagi sesuai?'
Jadi saya pun jalan kaki dalam kekecewaan sebab ingatkan basikal saya kering sebab saya letak bawah atap. (Usaha belum cukup, beb!)
Di bank, sensor kat pintu otomatik bank tak mengesan saya. 'Halimunankah saya?'.Jadi saya bergerak ke belakang ke depan sehingga pintu terbuka. Sikit lagi membuat aksi2 melompat Sin Chan, nasib baik pintu sudah pun terbuka dahulu. (Kadang2 rasa macam orang tak nmpk kita, tapi orang sedar je kewujudan kite, cuma kadang2 buat2 xnmpk. Saje.)
Sepanjang perjalan ke kelas, saya menundukkan pandangan. 'Basah pulak kang spek ni'. Sambil itu hood kepala saya pakai kemas-kemas, lagak seorang pesalah yang ingin menyorokkan wajahnya. Atau lebih sesuai lagak seorang artis ingin mengelak dari papparazi yang berkeliaran. Wah!
Perjalan saya diiringi bunyi-bunyian dari tapak kasut saya. 'Kasut ni dah tiga tahun nak masuk 4. Bestnya kalau beli kasut baru untuk ganti kasut ni' sambil cuba untuk buat-buat tak ingat akan kasut-kasut baru yg saya pernah beli sebelum-sebelum ini.
'E'eh..dulu saya pun teruja dengan All Blacks. Nak beli jersi lah, t-shirt lah, botol air lah, lunch box lah (as if saya bwk bekal gi skolah) yang ada lambang All Blacks' ketika saya terserempak dengan seorang yang berjalan sambil bawa payung All Blacks. Sampai sekarang saya tidak pernah memiliki apa-apa yang berunsur All Blacks. Mungkin mahal atau tak menarik pun hitam pastu tulis All Blacks. Aha. (Benda yang kita ingat kita suka kadang2 takdelah best mana pun)
'Hm, tak senyum balik pun' ketika saya senyum pada seorang yang melintas di hadapan saya sebelum saya sampai ke kelas. Muka dia bertutup sebenarnya, pakai muffler tutup separuh muka dia sampai ke hidung. (Jangan buat andaian sembarangan)
Berjalan lagi, tetiba nampak seorang berjaket kuning yang nampak kesejukan sebab dia gosok2kan lengan dia sebab nak kasi dapat haba. 'Kenapa dia nampak sejuk sangat? Rasa macam ok je...tak adalah sejuk sangat' sambil terlupa yang saya sebenarnya pakai jaket dan dilapisi baju sejuk pemberian abah. (Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...)
Lepas tu saya pun tiba di tangga library...
Pengajarannya di sini, jangan jalan ke kelas sorang2. Perbualan akan lebh menarik jika berdua atau bertiga atau berempat atau berlima. Tapi kalau ramai sangat mungkin patut naik bas aje ke kelas.
No comments:
Post a Comment