Monday, September 29, 2008

Entri bukan sempena Aidilfitri

Hallo dan salam.

Di kala ini saya sedang berada di Crypt.

Baru sahaja siap satu kerja, dan sudah pun email pada lecturer. Alhamdulillah...
Namun begitu, bila saya cek balik inbox saya, tajuk email yg saya hantar tadi berbunyi 'Case Stuty' bila patutnya dia berbunyi "Case Study". Oh sungguh malu. Lecturer saya reply dengan berkata, "Reeived" bila patutnya beliau menulis 'Received'. Oh adekah lecturer saya memerli saya? Adakah? Adakah? Malu sungguh!

Oh dan sekarang kepala saya rasa panas macam dalam oven. Ada sekumpulan 'kanak-kanak' yang sedang membuat kerja di belakang saya tetapi membuat bising yang super. Mungkin diorg ni lupe kot diorg kat dlm computer lab. Haih. Diorang ingat diorang kat pasar ke? Orang sebelah2 dah merengus2 ni tak paham ke? Oh emo pula, bulan puasa ni kita sabarkan aje la yer. Senyum yer, senyum...

Ok, kena sambung kerja. Mungkin lain masa saya akan menulis entri yang berunsur ke'homesick'an sempena Aidilfitri.

Sekian.

1 comment:

Laily Abdullah said...

haihhhh
x payah la nk merajinkan diri tulis entri sedih2. kang aku nangis sape nk pujuk??????