Tuesday, November 11, 2008

Kasut Kita Berbeza Saiz

Ada masa, kita nampak dia buat silap.
Kenapa? Kenapa dia buat macam tu? Tak nampak ke apa yang dia buat tu salah? Kita akan tertanya-tanya. Cuba nak faham, kenapa dia macam tu. Apa yang digunakan sebagai pengukur sampai boleh tersilap langkah? Arah mana yang dia tuju sampai tak sedar jalan yang diambil itu salah? Mimpi apa yang dikejar sampai tidur tak terjaga?

Kita cuba nak faham, cuba nak selam, cuba nak rasional. Nak jadi manusia bertimbang rasa. Nak jadi understanding, supportive, reliable, dan apa-apa aje lah.

Tapi semakin kita cuba nak faham, semakin nampak silapnya. Semakin dekat, lagi terasa jauh. Semakin banyak bercakap, makin ketara gagapnya. Semakin lama semakin kita yakin, tindakan dia SALAH. Tapi kita tak faham kenapa jadi macam ni walaupun kita cuba. Dan kita cuba ubah dia, malangnya dia tak faham dan tak nampak kenapa perlu ubah. 'Salahkah saya?' dia selamba bertanya.
Saya dah faham dia, dan tampak jelas salahnya. Namun bila nak perbetulkan, jelas mustahil.

Yang sebenarnya, walaupun kita rasa kita faham, kita tak faham sepenuhnya. Walaupun sudah cuba berada di tempatnya, sudah 'put myself in their shoes' masih tak faham sepenuhnya. Kerana hakikatnya, kasut kita berbeza saiznya.

p/s: jika, hanya jika...

7 comments:

ukj10 said...

sungguh ironic sekali entry anda ye pada kali ini..tak mengapa kasut kite tak sama size...yg penting kite cube utk memahami 'keadaan' ittew..(memakai kasut lain size)...sebab setiap manusia ade 'hidup' dan 'kisah'nya tersendiri-unique...semua owg tak sama...hehehe..maka amat suka kite nak menyelami 'keadaan' itu walopun kite rasa kite dah pernah ada 'dlm' keadaan ittew...tapi hakikatnya tetap beza dlm banyak sudut/segi...waAllahualam...hehehe

Anonymous said...

saya setuju.

~ said...

wah ade miss msia 2008 membace blog anda. hihihi

aritu aku pakai kasut hantaran ku for the 1st time. G annual dinner, so kononnye nk nmpak lawa. Tp bile bejln bapak tak selesa. Tgk2 size 36 patutnye aku size 35 and a half. Nyesal!

Jadinye walaupon kasut sndiri tp kalo size tak same, ttp tak leh nk bejalan.

Anonymous said...

*ada sikit terasa wif tis entry*

anyway, in muh opinion, to really understand the situation or to be in their shoes is really hard - one have to know the true stories from both side..experience their background and also think the way they have been brought up...we usually put in their shoes by just listening to both stories jer...coz really no one will have the same background or the same experience of growing up..

thus i think tat if we noted that its a mistake, then we should learn from it..takpelah if tat other person taknak sedar..we can only do tat much..

ps - ya..kasut kita mmg berbeza size..me is sooo kennot pinjam anyone shoes masa kat unihall dulu..uhuks~ demm..kaki kecik!

Anonymous said...

tapi saya pakai selipar bapak saya mase saye kecik2 boleh je berjalan..comey plak tu...

Anonymous said...

hmm. cube memahami entri ini tapi masih tak paham.
oh, apa2 pun, kesimpulannya, kasut saya bersaiz 9. =D
nway saje drop by nk ckp yg sy link blog ni. ;)

^^, said...

Bob: nyeh nyeh. Tak susah nak paham, lagi senang dr 304 hehe.

Ok, link aje deh.