Wednesday, January 7, 2009

Home Sweet Home.

Hehe...dah lama tak update. Tau, tau.
Dah almost dua minggu saya balik ke tanah air. Soalan paling femes yang orang duk tanya adalah "Dah dapat kerja? Berapa kali pergi interview? Kerja kat mana sekarang?" Nyahaha..jwpnnye adalah "Nooooo......!!!" sambil pejam mata. Sabor ye sabor.

Saya sangat lega sebab Malaysia sudah tidak sepanas seperti yang digembar-gemburkan selama ni. Kalau setakat berpeluh tu mmg ada, tapi masih dalam kategori 'selesa'. Tak adalah berpeluh sampai keluar air terjun macam iklan deodorent dulu-dulu tu. Dapat together2 dengan family pun best...



Ini model All Blacks yg saya jumpa tepi jalan time kereta kami rosak lepas balik dr kenduri. Kalau ada sape2 nak offer dia jadi model lagi, boleh contact sy ye


Benda yang saye perlu adapt adalah the fact yang saye kene berkongsi kasih dengan 3 ahli keluarga kami yang baru. Tak dpt lagi saya nak manja-manja macam dulu, sebab sekarang sudah ade 3 ekor anak kucing yang merebut kasih sayang mak saya. Hehe. Ini adalah kali ke-dua saya bela kucing, dan kali pertama adelah masa saya masih budak kecik yg cute. Kire dah lama tak bela kucing, so kene adapt balik mcm mana nak main2 dengan kucing. Skrg pun 3 ekor kucing ni duk lari sana lari sini keliling rumah tak reti-reti nak tidur. Isk isk isk.



Ini adalah M, salah satu kucing nakal yang tinggal dgn kami.



Aktiviti yang paling kerap saya buat setakat ini adelah pergi ke kenduri kahwin. Makan, makan, dan makan. Huhu. Bila pergi kenduri kahwin ni baru sedar yang skrg ni dah ade byk trend2 baru untuk buat kad, buat door gift, buat food dan mcm2 lagi. Tapi idea untuk member coklat sedikit tidak bernas yer sebab coklat tu akan cair dalam sekelip mata, dan kalau salah letak boleh terduduk atas dia sehingga kotorlah baju kurung baru serta seat kereta. Yer, ini adalah berdasarkan pengalaman ye. So sile pikir door gift yang tahan lasak sikit. Hehe.Tapi kalau ceklat Hersheys ok jeee...Ngaahahaha.


Tak boleh tahan la nak cuba dan amek gambo dgn spek yg best nih.Haha.


Dan weekend lepas saya telah ke Kedah! Hehe..sangat seronok dan eksaited berjumpe dgn cik Fizz dan Yulss..sungguh best yer borak sampai tak sedar masa yang berjalan. Saya juga telah berjaya ke Penang!!Jambatan besar tu dah berzaman saya tak pergi, akhirnya dapat gi juga. Saya juga telah naik bas dua tingkat dan duduk di depaaaan sekali. Mula-mula sangat jakun tapi duduk depan sekali mmg best. Semua view boleh nmpk. Hehe sangat best. Tak perlu komen panjang.


Kami di restoran romantik kat Penang. Makanan yg sedap nyum2.


Hm okla. Tu je la for now. Esok perlu me-renew lesen yang dah mati berkurun lamanya. Harap-harap boleh renew dgn senang. Good luck pade diri sendiri.
Sekiaaaannn...








6 comments:

~ said...

aih..xnk cite ke pengalaman di ngorat abe paskitan time naik bus?? hihi

^^, said...

haha tak reti nak cite. malu la i. ngahahaha..

Anonymous said...

waaahhh..abe paskitan!!!!apekah?ade yang ngamuk ni kangg

^^, said...

haha. mungkin abe pakistan tu keje utk kongsi gelap culik dak2 ppuan kot.ee scary.

aziahzuber ialah name saye. said...

wahh.. sudah balik ke malaysia! welcome back!! (mcm la saye berade di malaysia kan. haha)
nk jugak tnye soalan femes tu "dah dpt kerja? kerja kt mane?" muahahaha.. =D

^^, said...

hehe...belum lagi. bak kate org, kasi dia rehat dulu puas2. ahah..blom puas lg ok. azia bile hbs?