Wednesday, January 21, 2009

Mana Tuannya?

Tempoh hari saya mendengar cerita pendek di radio.

Cerita mengenai seorang guru bertanya pada muridnya, "Kalau kamu diganggu
dan dikejar anjing, apa yang akan kamu buat?"

Jawab anak murid, "Saya akan marah dan pukul anjing tersebut supaya anjing tu berhenti menganggu saya".

Lantas guru ini pun berkata, " Betul apa yang kamu buat tu. Cuma kan lebih bagus kalau kamu pergi cari tuan pada anjing tersebut, dan suruh dia jaga anjingnya agar tidak mengganggu kamu lagi".

Si guru pun menyambung, " Sama juga jika kamu diganggu syaitan. Pergilah kepada tuan pada syaitan iaitu Allah dan minta padaNya agar menghalang syaitan-syaitan tersebut dari mengganggu kamu lagi".

Jadi kalau rasa resah gelisah dan teragak-agak dan ragu-ragu dan seumpamanya,
kembalilah kepada Dia yang lebih tahu.

Sekian...

1 comment:

~ said...

kembali pada TUAN kita lebey menenangkan...