Hello there.
Wah sudah lama saya tak update. Saya juga rindu untuk mengupdate. Mungkin blog pun rindu untuk saya update. Perasan.
Semalam balik-balik saya tak boleh access Facebook. Something to do with the server.
Bila tak boleh nak access, baru sedar betapa addicted nya saya kat webpage ni. Isk2.
Tapi sebenarnya bila dah tak boleh access, macam-macam perkara lain boleh dibuat. Contohnya basuh baju, gosok baju, siapkan homework, makan, baca buku cerita dan macam-macam benda lain. Tapi tak sedar sebab selama ni rasa macam tak cukup masa saje, rupanya habis dekat Facebook. Aiyo.
Kalau dulu, addicted kat tv. Bukan saya seorang, semua orang dalam rumah kecuali ibu saya. Jadi ibu saya jadi super hot dengan perangai kami yang asyik melekat depan tv walaupun yang ada cumalah cerita Tamil yang sorang pun tak paham. Lantas, disebabkan terlalu geram, ibu saya mengambil gunting dapur dan potong wayar tv, oh yeah.
Sepanjang minggu tidak bertv, bilik saya berkemas, buku cerita yang saya beli pun saya dapat habiskan, dan macam2 perkara berfaedah lain yang dapat saya buat. Ada hikmahnya wayar tv dipotong, hilang semua addiction.
Hm sama juga pada semua addiction. Rokok contohnya, saya hairan bagaimana manusia mampu menahan diri dari merokok sepanjang puasa, tapi sebaik sahaja berbuka, terus nak merokok.
Saya ada terbaca satu cerita, di mana seorang lelaki terperangkap dalam lori sejuk beku (lori peti ais tu) yang rosak. Namun sebab dia tak tahu yang lori tu rosak, dia rasa macam dia akan mati sebab terperangkap dalam lori yang sejuk. Esoknya, orang ramai hairan sebab lelaki tadi dijumpai mati dalam lori yang suhunya sama dengan suhu luar. Jadi itu semua cumalah dalam minda kita, sebab kita percaya sesuatu benda tu, maka seluruh tubuh akan bertindak mengikut kepercayaan sang minda.
Ada juga saya dengar pakar motivasi bercerita, bila dia tutup mata seorang peserta dan beritahu pada si peserta,'saya akan cucuhkan api pada jari kamu sekejap'. Tetapi pakar motivasi mencucuhkan ais pada jari si peserta. Bila dibuka matanya, jarinya ada sedikit melecur. Disebabkan seluruh tubuh bertindak mengikut minda yang percaya bahawa jari akan dicucuh api, jari tersebut melecur walaupun hanya dicucuh dengan ais. Hairan, dan saya pun tak pasti sejauh mana kebenarannya, tapi moralnya: Minda kita memainkan satu peranan yang sangat besar bagi tubuh kita bertindak.
Jika minda kita percaya kita perlukan A, seluruh tubuh akan bertindak seolah-olah tidak dapat hidup kalau tak ada A. Kalau minda kita percaya B akan buatkan kita stress, seluruh tubuh akan bertindak seolah-olah menyokong kepercayaan minda kita.
Jadi positive kan minda. Sekadar ingatan kepada diri sendiri.
Namun, mudahnya berkata-kata...
Bye2.
No comments:
Post a Comment