Hm...
Dulu, before kahwin, common question people will tend to ask me is "Bila nak kahwin?"
Lepas kahwin, people will tend to ask me "Dah berisi ke?"
Now, Alhamdulillah that I am pregnant, people will start asking, "Tak muntah-muntah ke?"
Haha. Kesimpulannya: People care.
Anyhow, memang bersyukur sangat saya tak muntah-muntah during my first 3 months.
Tapi of course ada baik ada buruknya. Baiknya; saya tak lembik dan perut saya tak pedih sebab food boleh masuk dan tak keluar balik (dari atas maksud saya). Saya bekerja seperti biasa, dan surprisingly office mate yang duduk sebelah saya yang muntah-muntah dan siap warded lagi. Katanya loya saya pergi ke dia. Ada ke kes macam tu??
Buruknya... tak buruk pun sebenarnya. Ibu-ibu yang muntah-muntah pada awal kehamilan akan lose weight dulu, then bila dah ok baru gradually gain weight, proportionate to the growth of the fetus. Tapi ini tak berlaku kepada saya. Saya dah gained more than I should, because I ate so much during the first 3 months. Saya akan breakfast dan dinner dua kali haha. First time in my life locker kat ofis saya penuh dengan makanan, just in case I feel hungry during office hours. Tapi yang sihat-sihat macam biskut oat, nestum, susu... semua bukan my favourite. Saya suka nasi goreng, nasi ayam, mee goreng, dan lain-lain yang kurang menyihatkan. Mana la tak gain weight ye dak.
Tapi... siapa kata saya tak muntah?
Tempoh hari, ada jamuan kecil-kecilan kat rumah kakak ipar saya. Diorang jamu satay. Satay bukan favourite saya tapi makan juga lah. Lepas makan 2 cucuk, saya relaks. Dah kenyang sebab ini second dinner saya. Habis majlis saya pun balik rumah. Rasa tak sedap badan, alih-alih muntah balik satay tadi. Tapi dalam hati saya, "ni mesti sebab makan banyak sangat, terover kenyang ni..."
Itu sekali je berlaku... tapi semalam, saya masak mee sup dan encik husband buat carrot susu. Makan mee memang super banyak sebab termasak lebih dan tak nak membazir punya pasal. Lepas setengah jam baru saya minum carrot susu pulak. Carrot susu is also not my favourite tapi minum jugak la.
Habis semua saya tak sedap badan.... habis plan nak keluar dating shopping-shopping dicancelkan. Lepas solat maghrib... semua tu selamat dikeluarkan sebab saya muntah. Jadi so far dah dua kejadian muntah berlaku.
Maybe baby saya tak suka makan satay sangat, dan dia tak minat carrot susu. Orang kata kalau kita muntah sebabnya baby yang tak nak makan benda tu. Saya rasa sebab saya terover makan haha. Tak pe mana-mana lah ye. Yang lain-lain semua baby saya makan, semoga baby saya sihat dan kuat.
Selepas baby dah selamat nanti, saya nak ajak baby dan encik husband pergi jogging lah.
1 comment:
hm ye ke aishah..klu ak mkn je sume muntah..mksd nye baby ak x suka makan la ek....
Post a Comment