Assalamualaikum...
Selasa lepas, kereta saya, Kenari yang elegant brown tu merajuk. Hehe elegent la sangat.
Selasa lepas, saya dah sign agreement untuk beli kereta baru, Saga. Hehe.
Lepas sign agreement, dengan menaiki Kenari, saya dan encik suami ke Ampang Puteri untuk chek up.
Nanti kita cerita pasal check up ye. Sekarang cerita pasal Kenari dulu.
Lepas check up, since hari masih siang, saya ajak encik suami pergi Carrefour untuk beli barang sikit. Dah beli semua, kami pun pergi parking lot.
Lepas dah masukkan barang semua, start-start kereta tak nak start. Oopss... kereta dah merajuk tak nak start.
Memang tak start langsung, tak bunyi langsung.
Encik suami kata, "Haa..kereta merajuk ada orang dah sign agreement tadi..."
So last-last kami kena balik naik teksi...
Kereta Kenari elegant brown tu pun tersadai kat Carrefour sampai malam Khamis. Adik saya nak tolong tukarkan bateri dia, tapi tak sempat beli bateri jadi tak jadi tukar. So tersadai lagi sampai Jumaat malam.
Jumaat malam saya dah pick kereta baru hehe. Jadi saya dengan encik suami pergi ke Proton right after habis office hours. Pakcik Proton pun sanggup tunggu sampai pukul 7pm untuk saya ambil kereta.
Bergegas kami ke sana. Minyak kereta Kenari (kali ni Kenari encik suami) pun dah merah. Tak ada minyak! Kami tutup aircond sebab jalan jam gile punya.
Sampai je Proton, encik suami kata "Kita balik naik Saga la, tinggal Kenari kat sini sebab tak ada minyak. Esok pagi jalan kosong kita datang ambil Kenari". Saya ok je....
Tapi, tup-tup Pakcik Proton tak isi pun tank minyak Saga. OMG. Dia ingat jalan tak jam ke sekarang? Adoi... Dia cakap, "Saya janji hari tu kasi half-tank, tapi ni tinggal satu bar je. Ni Puan ambil kupon ni untuk isi minyak kat Petronas depan tu..." Fuhh.. pakcik ni nak kena ni. "Petronas mana?" "Kat depan sikit je ni... kupon ni boleh je".
Ok...disebabkan Petronas tu tak jauh, jadi kami pun agree. Ambil Saga, tinggal Kerani dan vroom-vroom.
Keluar je jalan besar, huhu.jalan jem gile. Jadi kami pun stuck dalam jam. Bukak tingkap jugak.... bawak kereta baru tapi kena buka tingkap tutup air-cond sebab pakcik Proton bijak sangat... haiya...
To make things worse, adik saya dah siap tukarkan bateri kat Kenari saya kat parking lot Carrefour tapi dia nak saya datang hantar kunci kereta supaya dia boleh try start. "Ali dah siap tukar bateri ni, tinggal nak try start je.. kalau Ali ada kunci Ali dah try pastu balik je terus..."
Jarak Proton dengan Petronas cuma lah 2 minit je, tapi sebab jam gila kami ambil masa dekat 1 jam nak sampai ke Petronas. Sampai je terus isi minyak dan solat maghrib. Kesian Saga ni. Belum apa-apa dah kena meredah cabaran sebegini rupa.
Nak redah ke Carrefour lalu Jelatek, fuhhh... ambik masa dlm 30 minit. In total, Ali kena tunggu 1 jam lebih sikit just to get the keys and start the car. Memang Kenari punya merajuk betul-betul menduga Saga.
Rupa-rupanya jem kat Jelatek sebab ada Alphard terbakar kat tepi jalan. Terbakar punya! Ali call, "Korang kat mana dah tu?". "Dah dekat, jem sebab ada van macam terbakar tepi ni". "Haah, ada Alphard tu, tu Alphard tu rentung dah". OMG. Terkejut saya, nampak kecik je Alphard yang gah sebab dah hangus habis, tinggal rangka je. Scary...
Sampai je Carrefour, cepat-cepat try start Kenari, dah ok saya pun drive Kenari, encik suami bawak Saga balik ke rumah... dalam jem...Alhamdulillah selamat sampai.
Ni hari Sabtu pulak, kami keluar untuk ambil Kenari encik suami dari Proton. Dah selamat hantar Kenari ke rumah, hujan lebat mencurah-curah. Tapi since kami dah plan nak pergi bank dan kedai, kami redah juga dengan Saga. Habis kuyup kami dan Saga. Bila turun kat bank, hujan super lebat siap angin-angin lagi. So basah la kami berdua. Tak jadi nak buat aksi hindustan share payung dalam hujan. Habis lencun. Lepas turun kereta, tersalah tekan alarm pulak habis bising Saga. Dah kelam kabut bawah hujan angin semua, tekan button tak jadi apa-apa. Lepas cuba few times, baru kereta senyap. Hehe. In the end, bukan kami je basah, dalam kereta pun basah.
Jadi tu la kisah yang baru je dua hari dengan saya, tapi dah lunyai...hopefully he is good for another few years to come. Hopefully Kenari pun tak merajuk lagi...kesian Saga tu.
Ok sangat boring ek cerita ni, siapa suruh baca? Haha. Adios.
No comments:
Post a Comment