Sunday, May 6, 2012

Salam.

Mari cerita pasal last two check-ups. Hehe.

The first was on 10th April. First time dapat dengan Doktor Fauziah. Wanted to see this doctor since the beginning tapi only now I got the chance. Sebelum ni saya pergi check-up time weekend sahaja sebab malas nak rushing dari office to clinic on weekdays, so this time dah tak boleh choosy sebab memang dah kena start dengan the 'real' doctor.

Bila doktor scan, dia terkejut tengok baby besar. Besar by 2 weeks. Doktor pusing-pusing dan cakap, "Baby ni jelas nampak sebab banyak air... kalau banyak air ni most probably you ada kencing manis." Adoi.

Doktor pusing-pusing lagi and said, banyak air dia. "Kesian baby ni, banyak air.." 'Takpela doktor, mesti baby saya pandai swim...' ni saya cuma cakap dalam hati. I was darn worried of course. Lepas tu doktor cakap, "Lepas ni kurangkan makan nasi ye, coklet, biskut manis-manis semua tu kena kurangkan..ok?"

Saya pandang encik husband, senyum dan cakap, "OK...". Masa tu handbag yang saya bawak ke clinic ada half bar of Cadbury. Nasib baik tak bocor rahsia kat doktor.

Looking back at my recent diet, memang patut la doktor suspect diabetes. Pagi saya makan nasi, tengah hari nasi, malam nasi. Petang kat office makan chipsmore, minum milo (yang pekat), malam kalau lapar makan lagi biskut krim. Biskut krim satu tin besar tu dah nak habis dah... Hm... So who is at fault now?

Jadi saya rasa guilty I started to read up. Apparently it is quite common for an expecting mother to get what they call 'gestational diabetes'. Commonly, it will heal some time after delivery. But the chances for the mother to become permanently diabetic is higher than those who did not get this disease during pregnancy. Takutnya. So I reduced my nasi intake. Seminggu tak makan nasi. Tapi makan la bihun goreng la, bihun sup la, roti, kuew tiau kung fu la...

Saya kena buat test darah, minum air gula yang setengah cawan tu. Mula-mula kena puasa dari pukul 12 malam sampai 8 pagi, pergi klinik, minum air gula then buat blood test. Lepas dua jam, kena datang balik buat another test. Lepas tu baru boleh makan. Air gula dia....perghhh...manis. Nasib baik tekak saya memang jenis 'all-you-can-eat' jadi saya cool je. Orang lepas saya siap tanya, "Kalau saya muntah ni saya kena minum balik semula ke?" Dengar perkataan muntah kembang tekak saya nasib baik by the time kakak tu sampai saya memang dah tinggal nak buat second blood test je.

Habis test, doktor kata dia akan call kalau result positive.

Then tanggal 20 April adalah birthday husband saya. Birthday = cake..betul? Jadi saya yang memang hantu kek ni terus la buat order kek (bentuk angry bird you) flavour red velvet. Saya tak ada la minat red velvet ni tapi saja la buat something different kan. Since birthday adik saya 19 April, kami pun combine kan celebration. Bila dah potong kek tu, abang saya makan sikit, adik lelaki saya makan sikit, adik perempuan saya (yang birthday dia 19hb) tu tak makan langsung sebab dia dah ngantuk sangat. Jadi cuba teka siapa yang makan kek tu paling banyak...?

Disebabkan kek tak laku, saya bawak balik half of the cake dan simpan dalam fridge rumah. Setiap malam, saya akan makan satu slice. OMG where did my guilty feeling go? Setiap kali saya makan one slice, I prayed hard my baby would enjoy the cake as well.

Tapi memang saya dah kurang makan biskut manis, siap pergi kedai beli biskut Jacob's Weetameal untuk ganti biksut-biskut cream saya. Jadi malam instead of dinner nasi, saya makan biksut sihat ni dengan susu kambing. Nyum.

Ok, now let's go to the follow-up check up. Check up kedua ni pada 2 May. Alhamdulillah, doktor kata tak ada diabetes. Alhamdulillah...

Cuma doktor masih puzzled kenapa baby besar, sebab dia tengok saya dan husband, dia kata "You dengan husband tak ada la besar sangat... Maybe ada gene yang besar ni...". Takpe doktor, asalkan saya sihat dan baby sihat. Semoga kelahiran baby nanti dipermudahkan, tak kira la cara mana pun.. Yang paling best sekali, I am not a diabetic! Hehe.

Tapi another problem surfaced, doktor kata hemoglobin level rendah. Not a new thing to me, tapi sebab pregnant, doktor suruh make sure makan iron tablet tu. Saya mengaku saya tak makan sebab that huge red pills always make me feel dizzy. Susah saya nak kerja. Rupa-rupanya doktor kata kalau pening makan ubat tu sebelum tidur. So lepas ni saya kena makan ubat ni balik. Doktor cakap, "Kalau tak naik level hemoglobin ni, I takut sebab you ada thalassemia". Adoi macam-macam la doktor ni kan... So she asked me to do another blood test. Dalam hati saya doa banyak-banyak let this not be the reason, Amin...

Anyhow, mak pun marah kata you should eat the supplement sebab kurang darah means risk of kurang oxygen. Kan bahaya tu. Lepas tu if anything happen during delivery, I may not have enough blood supply for myself, nanti boleh pengsan. Ya Allah, permudahkan urusan kelahiran baby ku ini dengan selamat...

Habis je check up encik husband hantar ke office. Sampai ofis colleague saya tanya, "So how was it? How was the test?". "Hehe, I am not a diabetic!" Saya cakap dengan happynye. "Ok good, so you can have the cake I brought for you." Haha, tengok tepi PC ada satu tupperware kecik dengan satu slice of cake. Boleh la makan tanpa rasa guilty...


2 comments:

~ said...

Esahhhh! Aku pun kurang darah merah. nnt dh last2 ko akan rasa mengah tercungap2 bila jalan. Then betullah ckp mak ko, nnt nk besalin boleh pengsan huhu. Sile makan iron but make sure mkn buah byk takut sembelit hehe

Laily Abdullah said...

Tak tau la makcik ada thalasemia.