Friday, July 20, 2007

Tanpa Penutup

Hari ini dan semalam dan hari sebelum semalam, saya sibuk belajar.
Banyak alat tulis yang teman saya belajar, termasuklah 5 batang highlighter yang saya beli dengan harga 99sen kesemuanya.
Hari ini, saya tersedar yang highlighter warna oren telah hilang penutupnya. Highlighter yang selama ini gagah membantu saya menerangkan isi-isi penting, sudah kering dakwatnya.
Masih ada dalam badan, cuma sudah tak mampu untuk diluahkan. Masih bernyawa, tapi tak mampu nak berjasa. Hanya sebab ia hilang penutup.
Pen tanpa penutup, highlighter tanpa penutup, seolah-olah dakwat dia hilang macam tu sahaja. Kalau pensil masih boleh lagi, sebab pensil memang pada asalnya jarang yang berpenutup.
Pensil memang biasa hidup berjasa tanpa penutup. Highlighter umpama tak bernyawa tanpa penutup. Penutup pelengkap highlighter la kiranya ni.
Mungkin ada maksud tersirat, atau mungkin ini cuma tulisan tanpa arah.
Apa yang saya pasti, highlighter saya yang warna oren sudah tak mampu nak membantu saya, dan saya sedih. Tapi tak apa, masih ada highlighter-highlighter warna lain yang masih gagah di sisi. Itulah kebaikannya kalau kita ada sesuatu, adakan banyak-banyak. Tamak? Tak adalah, backup orang kata.

Macam yang dalam cerita 'About A Boy', Marcus kata '...a couple won't do. we need backup'.

No comments: