Bersiar-siar sebenarnya.
Kemudian masuk tandas kat Jusco. Tandas Jusco kan terkenal dengan queue yang super duper panjang (tandas perempuan sahaja, tandas lelaki tak pernah cek la pulak), jadi saya pun turut sama beratur.
Di depan saya ada dua orang budak perempuan, baya-baya darjah 5 atau 4.
Mereke berdiri dalam barisan sambil mengadap cermin tandas yang super besar.
Dan saya pun mula terdengar perbualan mereka.
"My body is always nicer than yours".
Kawannya mencebik sambil menjawab, "I am always taller than you".
Membalas cebikan, "My shoulder is always broader than yours."
Masih belum puas hati, "Ah, I know, my fingers will always be longer than yours.."
Dengan selamba yang seorang lagi menjawab, "It's ok. I will always have bigger brain!"
Senyap seketika.
Kemudian tiba giliran mereka untuk masuk ke tandas.
Dua-dua bergegas ke depan pintu, "Oh, it's squatting..." kemudian terus ke cubicle ke dua. "Oh, this one's squatting too..."
Kemudian terus pergi meninggalkan tandas dengan kecewa, sebab tak ada tandas duduk...
Moral of the story? Saya pun tak tahu, yang saya pasti selalunya bila kena beratur panjang untuk ke tandas, pasti ada sahaja entertainment untuk saya sementara menunggu giliran.
Well, DUNIA ini memang menarik. :)
3 comments:
ape ko cite?haha
Apa yg ko baca fit? Haha
yg aku phm, barisan ko nk msuk toilet tu makin pndek sbb diorg kua barisan..hikhik
Post a Comment